Malam kemuncak yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik tanah air akhirnya tiba. Konsert Akhir Gegar Vaganza 2026 (GV12) yang berlangsung malam ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, menyaksikan pertempuran vokal paling sengit antara enam finalis hebat.

Selepas 11 minggu berjuang, pentas akhir malam ini (18 Januari 2026) bakal menjawab teka-teki siapakah yang layak bergelar Juara GV12, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Persaingan musim ini cukup unik dengan kehadiran peserta dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura yang mempamerkan taring masing-masing. Diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat, setiap kesilapan kecil pasti akan mempengaruhi markah akhir.

Berikut dikongsikan keputusan rasmi dan senarai pemenang Gegar Vaganza 2026 yang dikemaskini secara langsung (live update).

Senarai Penuh Pemenang Gegar Vaganza 2026 (GV12)

Siapakah yang berjaya memikat hati juri dan penonton? Berikut adalah kedudukan rasmi bagi setiap finalis:

Keputusan Rasmi & Hadiah

  • JUARA: ISKANDAR ISMAIL 
    • Hadiah: Wang Tunai RM100,000 + Trofi
  • NAIB JUARA:.MENDUA 
    • Hadiah: Wang Tunai RM50,000 + Trofi
  • TEMPAT KE-3: NUBHAN 
    • Hadiah: Wang Tunai RM30,000 + Trofi
  • TEMPAT KE-4: MARK ADAM
    • Hadiah: Wang Tunai RM20,000 + Trofi
  •  TEMPAT KE-5: MELL SAKURA
    • Hadiah: Wang Tunai RM15,000 + Trofi
  • TEMPAT KE-6: RURI
    • Hadiah: Wang Tunai RM10,000 + Trofi

(Nota: Jumlah hadiah wang tunai adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak Astro)

Anugerah Khas GV12

Selain takhta juara, anugerah khas ini turut menjadi rebutan:

  • Anugerah Pilihan Penonton (Gempak Most Wanted): 
  • Anugerah Persembahan Terbaik: 

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir GV12

Pada malam ini, kesemua enam finalis diuji dengan tiga pusingan yang sangat mencabar: Nyanyian Solo, Duet Bersama Artis Jemputan, dan pusingan Battle Rap.

Berikut adalah senarai penuh lagu yang dipersembahkan:

1. Iskandar Ismail (Singapura)

  • Solo: Madah Berhelah (Ziana Zain)
  • Duet: Senja Nan Merah & Unstoppable – Bersama Jaclyn Victor

2. Mell Sakura (Malaysia)

  • Solo: Still Into You (Paramore)
  • Duet: Kasih Tak Sampai – Bersama Fadly Padi

3. Mark Adam (Malaysia)

  • Solo: Feeling Good (Michael Bublé / Cy Grant)
  • Duet: Salahkah – Bersama Datuk Seri Rossa

4. Nubhan (Malaysia)

  • Solo: Cuba (Faizal Tahir)
  • Duet: Seluruh Cinta – Bersama Aina Abdul

5. Ruri Repvblik (Indonesia)

  • Solo: Hapus Aku (Nidji)
  • Duet: Ketahuan – Bersama Sunu Matta Band

6. Mendua (Indonesia)

  • Solo: Jikalau Kau Cinta (Judika)
  • Duet: Billy Jean & Hening Rindu – Bersama Marsha Milan

Pusingan Battle (Rap)

Kehangatan pentas akhir diserikan lagi dengan pusingan 'Battle' yang menguji skil rapping dan kerjasama peserta dalam kumpulan.

  • Kumpulan 1 (Mark Adam, Mendua, Ruri Repvblik):
    • Lagu: Evo (Joe Flizzow & SonaOne) & Zoom
  • Kumpulan 2 (Iskandar Ismail, Nubhan, Mell Sakura):
    • Lagu: Cerita Kedai Kopi (Malique) & Venom

Info Siaran Langsung

Bagi anda yang terlepas menyaksikan siaran langsung di kaca TV, anda boleh menonton sorotan persembahan menerusi platform rasmi:

  • TV: Astro Ria (Saluran 104)
  • Online: Aplikasi Astro GO & Sooka

Tahniah diucapkan kepada Juara Gegar Vaganza 2026. Semoga kemenangan ini menjadi lonjakan baharu dalam karier seni mereka.

Tags: #GegarVaganza2026 #GV12 #KeputusanGV12 #JuaraGV2026 #IskandarIsmail #MellSakura #MarkAdam #Nubhan #RuriRepvblik #Mendua #AstroRia