Dikenali sebagai penyanyi bersuara merdu dan usahawan yang semakin berjaya, nama Ahmad Nubhan bin Ahamad atau lebih mesra disapa Nubhan tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Bermula dari pentas Akademi Fantasia, beliau terus mengukir nama bukan sahaja dalam bidang seni, malah dalam dunia perniagaan yang diceburinya. Namun, di sebalik kisah kejayaan kerjaya dan keharmonian keluarga yang sering dipaparkan, rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama isteri tercinta, Dr. Afifah Hidayah, kini dilaporkan berdepan ujian besar. Berita permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak dan membuka lembaran baharu dalam kisah hidup selebriti ini.

Biodata Terkini Nubhan

Maklumat Peribadi

  • Nama Penuh: Ahmad Nubhan bin Ahamad
  • Nama Popular: Nubhan
  • Tarikh Lahir: 2 April 1986
  • Umur: 39 tahun (pada 2025)
  • Tempat Lahir: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Ibu: Badariah Omar (lebih dikenali sebagai Mak Jenny)
  • Bapa: Allahyarham Haji Ahamad Abdul Rahman
  • Tinggi: 182 cm

Kerjaya

Nubhan memulakan kerjaya seninya selepas menyertai program realiti Akademi Fantasia Musim ke-6 pada tahun 2008, di mana beliau berjaya meraih tempat ketiga. Sejak itu, beliau aktif sebagai seorang penyanyi, pelakon, model, dan pengacara. Album sulungnya, Langkah Nubhan, dilancarkan pada Disember 2010 dengan genre Pop Melayu Moden.

Selain aktif dalam dunia hiburan, Nubhan juga telah berjaya membina nama sebagai seorang usahawan. Beliau mengasaskan beberapa perniagaan di bawah syarikatnya, Nubhan Venture World Sdn. Bhd., termasuk:

  • Produk Makanan: Jenama sambal "Mak Jenny", terutamanya Sambal Tempoyak Daun Kayu, yang mana beliau telah membuka ladang seluas empat ekar untuk menanam bahan-bahan mentah.
  • Kosmetik dan Penjagaan Wajah: Jenama Lantara Beauty.
  • Klinik Pergigian: Beliau juga merealisasikan impian isterinya dengan membuka sebuah klinik pergigian, Lantara Dental, di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Kehidupan Peribadi

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, seorang doktor gigi, pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata:

  • Aafiya Kamilia (8 tahun)
  • Ahmad Aaffan (6 tahun)
  • Afzan Nayille (3 tahun)

Berita Terkini

Nubhan bersama Isteri

Selepas 10 tahun perkahwinan, Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah, dilaporkan bakal berpisah. Menurut sumber media pada 15 Oktober 2025, Nubhan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan dijangka akan mengikuti prosiding mahkamah berhubung perkara tersebut.