Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi Sesi 2026/2027 sedang rancak berlangsung. Program ini kekal menjadi pilihan utama lepasan SPM sebagai laluan pantas untuk melangkah ke peringkat ijazah sarjana muda.

Berikut adalah butiran lengkap berdasarkan info rasmi terkini yang perlu anda ambil perhatian segera.

Tarikh Penting Permohonan

Sila peka dengan tarikh tutup permohonan untuk memastikan anda tidak terlepas peluang:

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 10 November 2025
  • Tarikh Tutup Permohonan: 10 Februari 2026
Berita Baik: Permohonan adalah PERCUMA sepenuhnya.

Kemudahan Baharu: Tiada Keputusan Percubaan Diperlukan

Berbeza dengan sesetengah permohonan lain, bagi sesi 2026/2027 ini, pelajar TIDAK PERLU memuat naik keputusan Peperiksaan Percubaan SPM semasa membuat permohonan. Ini memudahkan proses pendaftaran anda supaya lebih cepat dan lancar.

Senarai Jurusan Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi menyediakan lima (5) jurusan khusus untuk menyediakan pelajar ke bidang profesional:

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Sains Komputer
  3. Jurusan Kejuruteraan
  4. Jurusan Perakaunan
  5. Jurusan Perakaunan Profesional

Keistimewaan Program Matrikulasi KPM

Mengapa anda perlu memilih Matrikulasi sebagai destinasi seterusnya?

  • Laluan Pantas: Merupakan jalan singkat (fast track) untuk ke universiti awam.
  • Penjimatan Kos: Yuran pengajian dan penginapan adalah percuma.
  • Elaun Pelajar: Bantuan Sara Hidup disediakan bagi pelajar yang layak.
  • Pengiktirafan Meluas: Sijil Matrikulasi kini diiktiraf oleh 59 universiti antarabangsa (peningkatan berbanding tahun sebelumnya).
  • Peluang Kerjaya: Pemegang Sijil Matrikulasi KPM layak memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam (Gred 29).

Cara Memohon Matrikulasi 2026

Permohonan mesti dibuat secara atas talian melalui pautan rasmi di bawah:

👉 Laman Web Rasmi: Layari Pautan Berikut http://matrikulasi.moe.gov.my

Pastikan anda melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Februari 2026. Jangan tunggu saat akhir untuk mengelakkan kesesakan trafik di laman web.

Dengan pengiktirafan yang semakin meluas di peringkat antarabangsa dan kos yang percuma, Program Matrikulasi KPM Sesi 2026/2027 adalah pelaburan pendidikan terbaik untuk masa depan anda. Mohon sekarang!

Selain Matrikulasi, lepasan SPM juga bole membuat permohonan UPU sekarang.

#matrikulasidihatiku #menerajukejayaanmasadepan #matrikulasi2026 #spm2025 #sambungbelajar