Berita baik buat para pemohon! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu pengumuman rasmi yang dinanti-nantikan oleh ramai pelajar.
Menurut poster hebahan rasmi, Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Ambilan Tahun 2025 akan diumumkan tidak lama lagi.
Biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif KPM untuk melahirkan guru-guru berkualiti di masa hadapan.
Tarikh dan Masa Semakan Keputusan
Para pemohon boleh mula menyemak keputusan mereka berdasarkan ketetapan berikut:
- Tarikh: 23 Oktober 2025 (Hari Khamis)
- Masa: Mulai jam 10.00 pagi
Pemohon dinasihatkan untuk bertenang dan menyemak pada tempoh masa yang ditetapkan.
Cara Hebahan Keputusan Dibuat
Berdasarkan makluman daripada KPM, hebahan keputusan akan dimaklumkan secara terus kepada para pemohon melalui dua kaedah utama:
- SMS: Notifikasi akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
- E-mel: Surat tawaran rasmi atau notifikasi juga akan dihantar ke alamat e-mel pemohon.
- Boleh semak juga di laman web https://epenawaran.moe.gov.my/
Adalah penting untuk memastikan bahawa nombor telefon dan e-mel yang telah anda daftarkan di dalam sistem ePenawaran sebelum ini adalah tepat, aktif, dan boleh diakses.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menyemak keputusan, anda boleh berhubung terus dengan Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian atau e-mel rasmi berikut:
- Talian Telefon:
- 03-8321 7151
- 03-8321 7113
- 03-8321 7138
- 03-8321 7157
- 03-8321 7071
- E-mel Rasmi:
- stpm.bt@moe.gov.my
Pihak kami mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada semua calon yang berjaya menerima Biasiswa Perguruan Persekutuan!