Setelah bertungkus-lumus sepanjang sesi persekolahan, masa yang paling dinantikan oleh murid-murid, guru, dan ibu bapa akhirnya tiba. Cuti Sekolah Hujung Tahun 2025 (Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026) bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi peluang emas untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sebelum sesi baru bermula pada Januari 2026.

Berikut adalah senarai tarikh rasmi dan idea untuk memanfaatkan cuti kali ini.

Tarikh Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026

Berdasarkan Takwim Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut adalah jadual penuh cuti panjang hujung tahun ini:

  • Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu):
    • Bermula: 19 Disember 2025 (Jumaat)
    • Berakhir: 10 Januari 2026 (Sabtu)
  • Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan & W.P. Putrajaya)
    • Bermula: 20 Disember 2025 (Sabtu)
    • Berakhir: 11 Januari 2026 (Ahad)

Tempoh cuti ini memberikan anda masa kira-kira 3 minggu untuk merancang percutian atau aktiviti berfaedah.

credit: Cuti Akhir Tahun 2025